Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)
Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberi nikmat tangan untuk menulis hr ini. Dan Alhamdulillah diberi rezeki hr ini buat pertama kali mengupdate blog mengunakan telefon. Alhamdulillah gadget ini dibeli hasil dr rezeki aku yg bekerja sudah hampir setahun, lagi sebulan lebih InsyaAllah genap setahun aku bekerja. InsyaAllah dgn ade nya gadget ini lebih senanglah aku nak update blog.
"Everything happen in our life came with a good reason, try not to blame the situation but accept the result for secret of happiness".
"Redho, terima dgn tabah, insyaAllah ade hikmah dari setiap apa yg berlaku. Tabahkan hati" Ini adalah salah satu ayat nasihat yg biasa diungkapkan untuk menenangkan hati seseorg yg sedang dilanda kesedihan, kekecewaan, berita buruk, results teruk, putus cinta, berita kematian ataupom gagal tawaran belajar atau kerja " Dukacita dimaklumkan bahawa....."
"THINK POSITIVE" aku selalu nasihat orang suruh think positive tp bila aku sendiri yg berhadapan dgn salah satu dr situasi diatas...
"Ma, mungkin rezeki mu meme di tetapkn kat situ. Mu ke slalu oyap think +"
"Haha..bg nasihat kat ore sene ke, tp bilo kto sendiri hadapi br tau ke."
Kesimpulan dari msj aku dan kawan aku td br aku sedar bahawa bagi nasihat pada orang lain memang senang tp bila kita sendiri hadapi, kadang-kadang kita terlupa akan apa yg pernah kita nasihatkan orang lain. Sebab? Sebab kita manusia biasa. Selalu terlupa. Sukar terima hakikat, mudah melatah, tidak bersyukur, mudah mengeluh....
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
Husnuzon(Bersangka baik)
Yup, redho...setiap apa yg berlaku pasti bersebab.
Tak payah nk bersedih sgt, ramai lagi org yg lebih menderita di luar sana. La Tahzan. Teruskan hidup.
Think Positive |
Sekian, terima kasih.
P/s: Kuatkan semangat Irma, percaya pada janji-janji Allah. Terima kasih Ya Allah dan terima kasih kepada mereka2 yg sentiasa ada disaat suka dan duka. Terima kasih atas semangat dan nasihat yg diberikan. Semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat drNYA. Amin.
No comments:
Post a Comment