Tuesday, February 4, 2014

Rahsia Kecantikan.

“MENGIKUT pepatah masyarakat Cina, ‘tiada perempuan yang dilahirkan hodoh kerana yang ada hanyalah perempuan yang malas saja’.  Soo Wincci

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi peluang untuk menulis lagi hari ini. Bersesuaian dgn tajuk entry kali nih aku nak kongsikan petua2 atau rahsia2 kecantikan. Pada hari ahad yg lepas aku ade menonton rancangan NONA di TV 3 yg dikendalikan oleh Soo Wincci sbgai pengacara. Apa yg aku nak kongsikan di sini adalah aku tertarik dgn perkongsian rahsia kecantikan Soo Wincci yg bagi aku amat ringkas dan sesuai di amalkan.

Aku tak mahu cerita panjang, just a short entry. Dibawah ini aku attach kan link rahsia kecantikan Soo Wincci.


Untuk yg aku tgk masa kat dlm NONA tu, Soo Wincci ckp untuk buat mask dye campurkan yis, putih telur dan oat. Kemudian sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Kulit wajah akan nampak lebih putih Insyaallah.

Seterusnya, untuk nyahtoksin atau buang toksin dalam badan, Soo wincci mengamalkan minum jus hasil campuran 5 buah yg berbeza warna. Hari tu, aku tgk dye campurkan buah epal, oren, kiwi, pisang dan satu lagi aku xigat buah ape heee..Amalkan minum jus ini untuk mengurangkan berat badan InsyaAllah.

Untuk mendapat bentuk badan yg cantik, amalkan senaman setiap hari, tak ada alasan jika kita kata mahal nk beli alat2 senaman kerana kita boleh gunakan brg2 yg ade di seliling kita. Boleh gunakan botol air mineral yg 500 ml tu sbg beban angkat berat. Bak kata pepatah melayu, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan hee..

Rasanya setakat ini sahajalah untuk kali ini, InsyaAllah jumpa lagi dilaen entry hee...

Jom sama2 amalkan. InsyaAllah

P/s Aku pom br nk try amalkan. Semoga dapat dilakukan secara berterusan. Jgn jd wanita yg malas. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment