Wednesday, February 12, 2014

Satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata.....


Assalamulaikum.

Alhamdulillah, diberi peluang update blog lagi hr nie.
Walaupon update blog di tempat kerja, guna pc pejabat huhu..berkat tak erk????
Dah kerja semua dah settle curi masa sikit daripada xde nk buat apa...InsyaAllah.
Lepas boring2 xtau nak buat apa, tetiba rasa nak survey nk sambung study PJJ. Dalam duk google program tetiba jumpa satu blog. Aku taip la Sarjana Muda Sains Pentadbiran UiTM. Saja nak survey course tue. Jumpalah blog sahabat kita nih http://musafirdausnuriman.blogspot.com/. Mula2 baca sal program jer. Tetiba ternampak entry lain cam best jer tajuk dya. Aku pom klik then read. Ya Allah entry yg sgt terkesan. MasyaAllah.  أستغفر الله‎ Astaghfirullah...istighfar panjang aku.

"Di sinilah menuntut kejujuran kita kpd Allah dalam mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata."

MasyaAllah..... berfikir sejenak..satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata..
teringat akan sms dari salah seorang kawan aku..."Kto loni nih sene2 jah laye msj ore pompuan ajnabi, sedang ke agamo tegah"
MasyaAllah salah aku..."Jangan mainkan perasaan org kalau kita sendiri pon belum bersedia lagi."

"Karena dengan tulisan seseorang juga bisa mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudian menimbulkan keinginan yang tidak baik."


Ya Allah minta jauh..Lindungi aku Ya Allah..sbb kadang-kadang aku juga tewas dengan nafsu, bersms dengan lelaki ajnabi.


"Walaupun dengan niat berdakwah. Karena berdakwah kepada jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kepada lelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya."

Ya Allah ampunilah dosa2 ku...takut juga salah guna ilmu Allah...

Oklah tak mahu cerita panjang. Jomlah hayati isi yg terkandung dalam perkongsian yg aku copy and paste dr blog sahabat kita tadi. Moga memberi sedikit manfaat yg berguna. Insya Allah.


*********

Sebagaimana yang kita maklumi bahawa, komunikasi dengan tulisan melalui jaringan internet atau yang lebih dikenal dengan 'chatting' baru muncul dan popular beberapa tahun terakhir. Yaitu, tepatnya setelah ditemui jaringan internet. Karena itu dalam kitab-kitab ulama terdahulu khususnya buku fiqh, istilah ini tidak akan ditemui. Namun asas bagi hukum 'chatting' ini sebenarnya sudah dibahas oleh ulama, jauh sebelum jaringan internet ditemukan.



'Chatting' dengan lawan jenis yang bukan mahram sama halnya dengan berbicara melalui telepon, SMS, dan berkiriman surat. Semuanya ada persamaan. Iaitu sama-sama berbicara antara lawan jenis yang bukan mahram. Persamaan ini juga mengandung adanya persamaan hukum. Karena itu, ada dua perkara berkaitan yang perlu kita bahas sebelum kita lebih jauh membicarakan hukum 'chatting' itu sendiri.

Pertama, adalah hukum bicara dengan lawan jenis yang bukan mahram.

Kedua, adalah hukum khalwat.

Berbicara antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram pada dasarnya tidak dilarang apabila pembicaraan itu memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh syara'. Seperti pembicaraan yang mengandungi kebaikan, menjaga adab-adab kesopanan, tidak menyebabkan fitnah dan tidak khalwat. Begitu jika hal yang penting atau berhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.

Dalam sejarah kita lihat bahwa isteri-isteri Rasulullah SAW berbicara dengan para sahabat, ketika menjawab pertanyaan yang mereka ajukan tentang hukum agama. Bahkan ada antara isteri Nabi SAW yang menjadi guru para sahabat selepas wafatnya baginda iaitu Saidatina Aisyah RA.

Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang artinya:

"Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk(yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehingga orang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik". (QS. al-Ahzab: 32)

Imam Qurtubi menafsirkan kata 'Takhdha'na' (tunduk) dalam ayat di atas dengan arti lainul qaul (melembutkan suara) yang memberikan rasa ikatan dalam hati. Yaitu menarik hati orang yg mendengarnya atau membacanya adalah dilarang dalam agama kita.

Artinya pembicaraan yang dilarang adalah pembicaraan yang menyebabkan fitnah dengan melembutkan suara. Termasuk di sini adalah kata-kata yang diungkapkan dalam bentuk tulisan. Karena dengan tulisan seseorang juga bisa mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudian menimbulkan keinginan yang tidak baik.

Termasuk juga dalam melembutkan suara adalah kata-kata atau isyarat yang mengandung kebaikan, namun ia boleh menyebabkan fitnah. Iaitu dengan cara dan bentuk yang menyebabkan timbulnya perasaan khusus atau keinginan yang tidak baik pada diri lawan bicara yang bukan mahram. Baik dengan suara ataupun melalui tulisan.
Jika ada unsur-unsur demikian ia adalah dilarang meskipun pembicara itu mempunyai niat yang baik atau niatnya biasa-biasa saja.

Adapun khalwat, hukumnya dilarang dalam agama Islam. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW yang artinya:

"Janganlah ada di antara kalian yang berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dengan mahramnya." (HR. Bukhari dan Muslim)

Khalwat adalah perbuatan menyepi yang dilakukan oleh laki-laki dengan perempuan yang bukan mahram dan tidak diketahui oleh orang lain. Perbuatan ini dilarang karena ia dapat menyebabkan atau memberikan peluang kepada pelakunya untuk terjatuh dalam perbuatan yang dilarang.
Kerana ada sabda Nabi SAW bermaksud:

"Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya." (Hadis Sahih)

Khalwat bukan saja dengan duduk berduaan. Tetapi berbual-bual melalui telepon di luar keperluan syar'i juga dikira berkhalwat. Karena mereka sepi dari kehadiran orang lain, meskipun fisikal mereka tidak berada dalam satu tempat. Namun melalui telepon mereka lebih bebas membicarakan apa saja selama berjam-jam tanpa merasa dikawal oleh sesiapa
Dan haram juga ialah perkara-perkara syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada kebanyakkan muda-mudi atau remaja-remaja sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau seumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu di antara pasangan dan masing-masing melunaskan keinginan dan keseronokkan semata-mata. Membincangkan perkara-perkara lucah lebih-lebih lagi hukumnya adalah haram.

Kesimpulan :

Hukum chatting sama dengan menelefon sebagai mana yang sudah kita terangkan di atas. Artinya chatting di luar keperluan yang syar'i termasuk khalwat. Begitu juga dengan sms. Walaupun dengan niat berdakwah. Karena berdakwah kepada jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kepada lelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya.

Namun bila ada tuntutan syar'i yang darurat, maka itu diperbolehkan sesuai keperluan. Tentunya dengan syarat-syarat yang sudah kita jelaskan di atas. Di sinilah menuntut kejujuran kita kpd Allah dalam mengukur sejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantung sejauhmana iman kita kepada Allah. Jika muraqabatillah kita kuat (yakni merasa diri sentiasa dalam pandangan Allah), maka itu yang akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama orang-orang yang terpedaya dengan teknologi moden ini. Na'uzubillah.

Agak menyedihkan juga dengan kenyataan saudari, bahawa dalam suasana nyata saudari amat menjaga batas pergaulan dengan lelaki bukan mahram, namun di alam siber saudari bebas berbual mesra tanpa batasan syara'
Saya percaya ramai remaja muslimah yang terjebak ke dalam situasi yang syubhah ini.
Internet sangat baik untuk kita, dimana ia memudahkan banyak urusan kita tapi jika kita menyalahgunakannya akan membawa akibat buruk kepada akhlak dan masyarakat kita.

Semoga jawapan ini dapat memandu para muslim dan muslimah remaja atau dewasa dalam melayari kehidupan yang penuh ujian keimanan ini.

Alangkah bahagianya jika para remaja muslim dan muslimah yang terdiri daripada para intelek hari ini berpegang teguh kepada tali agama iaitu taat kepada perintah dan larangan Allah dalam setiap urusan hidupnya. Semoga dengan itu Allah akan menurunkan rahmah-Nya kepada kita semua.

Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata.

Demikian yang dapat saya sampaikan. Semoga mendapat manfaat.

Wallahu a'lam.

Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad, IKRAM Johor

************

Wallahu a'alam bisshowab

P/s: Aku hanya manusia biasa yang sedang mencari dan mengenali ilmu Allah. Ampuni aku Ya Allah kerna kadang-kadang aku terbabas dan tewas dengan permintaan hawa nafsu. Bila kesunyian kita akan cari teman dan sesuatu yang boleh hilangkan rasa bosan. InsyaAllah marilah sama-sama isi masa yg terluang dengan benda2 yg berfaedah. InsyaAllah.

Monday, February 10, 2014

Redho

Firman Allah maksudnya: "Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. (al-Baqarah:216)

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana diberi nikmat tangan untuk menulis hr ini. Dan Alhamdulillah diberi rezeki hr ini buat pertama kali mengupdate blog mengunakan telefon. Alhamdulillah gadget ini dibeli hasil dr rezeki aku yg bekerja sudah hampir setahun, lagi sebulan lebih InsyaAllah genap setahun aku bekerja. InsyaAllah dgn ade nya gadget ini lebih senanglah aku nak update blog.

"Everything happen in our life came with a good reason, try not to blame the situation but accept the result for secret of happiness".

"Redho, terima dgn tabah, insyaAllah ade hikmah dari setiap apa yg berlaku. Tabahkan hati" Ini adalah salah satu ayat nasihat yg biasa diungkapkan untuk menenangkan hati seseorg yg sedang dilanda kesedihan,  kekecewaan, berita buruk, results teruk, putus cinta, berita kematian ataupom gagal tawaran belajar atau kerja " Dukacita dimaklumkan bahawa....."

"THINK POSITIVE" aku selalu nasihat orang suruh think positive tp bila aku sendiri yg berhadapan dgn salah satu dr situasi diatas...

"Ma, mungkin rezeki mu meme di tetapkn kat situ. Mu ke slalu oyap think +"

"Haha..bg nasihat kat ore sene ke, tp bilo kto sendiri hadapi br tau ke."

Kesimpulan dari msj aku dan kawan aku td br aku sedar bahawa bagi nasihat pada orang lain memang senang tp bila kita sendiri hadapi, kadang-kadang kita terlupa akan apa yg pernah kita nasihatkan orang lain. Sebab? Sebab kita manusia biasa. Selalu terlupa. Sukar terima hakikat, mudah melatah, tidak bersyukur, mudah mengeluh....
BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH


Husnuzon(Bersangka baik)

Yup, redho...setiap apa yg berlaku pasti bersebab.
Tak payah nk bersedih sgt, ramai lagi org yg lebih menderita di luar sana. La Tahzan. Teruskan hidup.

Think Positive
Sekian, terima kasih. 

P/s: Kuatkan semangat Irma, percaya pada janji-janji Allah. Terima kasih Ya Allah dan terima kasih kepada mereka2 yg sentiasa ada disaat suka dan duka. Terima kasih atas semangat dan nasihat yg diberikan. Semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindungan dan rahmat drNYA. Amin.

Tuesday, February 4, 2014

Rahsia Kecantikan.

“MENGIKUT pepatah masyarakat Cina, ‘tiada perempuan yang dilahirkan hodoh kerana yang ada hanyalah perempuan yang malas saja’.  Soo Wincci

Assalamualaikum.

Alhamdulillah diberi peluang untuk menulis lagi hari ini. Bersesuaian dgn tajuk entry kali nih aku nak kongsikan petua2 atau rahsia2 kecantikan. Pada hari ahad yg lepas aku ade menonton rancangan NONA di TV 3 yg dikendalikan oleh Soo Wincci sbgai pengacara. Apa yg aku nak kongsikan di sini adalah aku tertarik dgn perkongsian rahsia kecantikan Soo Wincci yg bagi aku amat ringkas dan sesuai di amalkan.

Aku tak mahu cerita panjang, just a short entry. Dibawah ini aku attach kan link rahsia kecantikan Soo Wincci.


Untuk yg aku tgk masa kat dlm NONA tu, Soo Wincci ckp untuk buat mask dye campurkan yis, putih telur dan oat. Kemudian sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Kulit wajah akan nampak lebih putih Insyaallah.

Seterusnya, untuk nyahtoksin atau buang toksin dalam badan, Soo wincci mengamalkan minum jus hasil campuran 5 buah yg berbeza warna. Hari tu, aku tgk dye campurkan buah epal, oren, kiwi, pisang dan satu lagi aku xigat buah ape heee..Amalkan minum jus ini untuk mengurangkan berat badan InsyaAllah.

Untuk mendapat bentuk badan yg cantik, amalkan senaman setiap hari, tak ada alasan jika kita kata mahal nk beli alat2 senaman kerana kita boleh gunakan brg2 yg ade di seliling kita. Boleh gunakan botol air mineral yg 500 ml tu sbg beban angkat berat. Bak kata pepatah melayu, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan hee..

Rasanya setakat ini sahajalah untuk kali ini, InsyaAllah jumpa lagi dilaen entry hee...

Jom sama2 amalkan. InsyaAllah

P/s Aku pom br nk try amalkan. Semoga dapat dilakukan secara berterusan. Jgn jd wanita yg malas. InsyaAllah.