Assalamualaikum. Sahabat-sahabat yg dirahmati Allah S.W.T. Alhamdulillah
kali ini sy diberi kekuatan dan kesempatan utk menulis dan berkongsi sedikit
ilmu dgn sahabat2 sekalian. Insyaallah seperti yg sy janjikan di entry yg
lepas, sy akan berkongsi sedikit ilmu yg sy peroleh ketika menghadiri Bengkel
Solat Dewasa yg lepas.
InsyaAllah, kita
mulakan dgn Firman Allah tentang perintah bersolat :
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ
وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ
“ Dan perintahkanlah
keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun
bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah
yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi
orang-orang yang bertaqwa.”
(Taha, Ayat 132 )
InsyaAllah sebelum kita mulakan bab solat, kita mulakan dgn
perkara yg wajib dilakukan sebelum bersolat iaitu BERWUDHU. Sebelum itu, mari
kita sama2 faham maksud wudhu terlebih dahulu:
Dari segi bahasa:
Wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air
pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara’:
Wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan
beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh
muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh
kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
RUKUN WUDHU (6)
1.
Niat
“Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana
Allah ta’ala”
6.
Tertib
Doa Selepas Wudhu
“Asyhadu
an laa ilaaha illallaahu wahdahuu laa syariika lah, wa asyhadu anna Muhammadan
‘abduhu wa rasuluh. Allaahummaj’alnii minat-tawwaabiin, waj’alnii minal
mutatohhirin, waj’alnii min ‘ibaadikas-solihiin."
MAKSUDNYA:
“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang Esa
dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya
dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang
bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih, dan jadikanlah
aku dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.”
SYARAT WAJIB WUDHU
·
Islam
·
Baligh
·
Berakal
·
Air yang suci dan bersih
·
Suci
daripada hadas besar
SYARAT SAH WUDHU
·
Meratakan air ke seluruh tubuh.
·
Menghilangkan apa sahaja yang menghalang air
sampai ke anggota wudhu.
·
Masuk waktu solat bagi orang berterusan
wudhunya.
PERKARA YANG
MEMBATALKAN WUDHU
·
Keluar sesuatu samada dari dubur atau qubul.
·
Tidur yang tidak tetap punggungnya.
·
Hilang akal.
·
Bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
·
Menyentuh kemaluan.
· Murtad
· Murtad
Seterusnya kita mulakan bab solat dengan Rukun Solat.
Terdapat 13 Rukun Solat iaitu:
1. Niat
2. Berdiri betul
3. Takbiratul Ihram (Allahuakbar)
4. Bacaan Al-Fatihah
5. Ruku’
6. Iktidal
7. Sujud
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyat akhir
10. Bacaan tahiyat akhir
11. Selawat
12. Salam pertama
13. Tertib
Seterusnya,
untuk penerangan yang lebih lanjut sahabat-sahabat boleh baca di link ini:
SYARAT WAJIB SOLAT
1.
Beragama Islam
2.
Baligh
3.
Berakal
4.
Suci daripada haidh dan nifas
5.
Selamat salah satu anggota deria sama ada
pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang
dilahirkan buta atau pekak.
6.
Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak
wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan
pendakwah Islam.
SYARAT SAH SOLAT
1.
Suci daripada hadath kecil dan besar.
2.
Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada
sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3.
Mengetahui tentang masuk waktu sembahyang sama
ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang
tahu mengenainya.
4.
Menutup aurat
5.
Menghadap kea rah qiblat (Ka’abah)
PERKARA YANG
MEMBATALKAN SOLAT
·
Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
·
Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang
member faham, atau ketawa.
·
Makan/minum dengan sengaja.
·
Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga
kali berturut-turut.
·
Berniat keluar dari solat (mufarraqah).
·
Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan,
pakaian dan tempat solat.
·
Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling
dada).
·
Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja
tetapi tidak segera ditutup.
·
Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
·
Meninggalkan rukun.
· Murtad
InsyaAllah, setakat ini sahaja buat kali ini. Semoga dgn pengisian yg sedikit ini dapat membantu sahabat. Akhir kata, marilah kita sama-sama perbaiki solat kita, InsyaAllah. Assalamualaikum.
· Murtad
InsyaAllah, setakat ini sahaja buat kali ini. Semoga dgn pengisian yg sedikit ini dapat membantu sahabat. Akhir kata, marilah kita sama-sama perbaiki solat kita, InsyaAllah. Assalamualaikum.
Sumber Gambar: Semua copy dr google |
P/S: Sesungguhnya solatku, ibadahku,
hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.
No comments:
Post a Comment