Tuesday, January 21, 2014

Cinta dan Pengorbanan.

Kau kata kau cinta
Maka di mana tandanya?
Kau kata kau berkorban
Kearah siapa kau berkorban?
Kepada yang membayar pengorbanan insan
Atau kepada yang juga memerlukan pembayaran?

“Fasal cinta?
Asid mengangguk, segera duduk di katil Irfan.Irfan menghentikan sejenak video Khalid Yasin.
“Kau jatuh cinta pada siapa, sebenarnya?” Irfan membuka soalan dengan pertanyaan yang ingin diketahuinya.
“Soalan itu dilarang, wahai Ustaz Irfan.” Asid menggerakkan jari telunjuknya,
Irfan ketawa kecil.
“Kau bercinta juga, bukan?” asid pula bertanyakan soalan.
Irfan mengangguk. “Kau sudah tahu, bukan?”
Asid ula mengangguk. Dia dan Irfan pernah berkongsi hal ini pada tahun lepas. Irfan ketika itu menyatakan bahawa dia mencintai seseorang. Namun, dia tidak melihat Irfan mempunyai masalah sepertinya. Irfan tidak pernah termenung panjang. Dia tidak tahu sama ada Irfan terbayang-bayang atau teringat-ingat kepada perempuan yanag dicintainya. Tetapi dia yakin, Irfan selamat mengharungi alam percintaan ini.
“Sekarang bulan berapa?” Irfan bertanya.
“Bulan sebelas.” Asid memandang jam di tanagan.
“Apa kena-mengena soalan aku dengan bulan?”
“Aku mahu beritahu, aku mahu bertunang bulan satu nanti.”
What?” asid terkejut besar. Irfan tersenyum.
“Aku mahu bertunang bulan satu.” Irfan mengulang.
“Jahat! Lambat betul kau beritahu!”
“Habis, pihak perempuannya baru bagi jawapan bulan lepas.”
“Bila kau masuk melamar? Aku tak Nampak kau terhegeh-hegeh pun?”
“Siapa kata cinta kena terhegeh-hegeh?”
Jadi kau bercinta sebelum kahwin?”
Irfan mengangguk.
“But no date, no chit-chat, no facebooking, no call,no sms, nothing but letters from my future in-laws.” Irfan meleret senyum.
Mata Asid terbuka luas. Ya Allah! Hebatnya sahabat aku ini.
“Habis macam mana kau dekati dia?”
“Susah mahu cakap. Tapi, kau percaya Allah itu membolak-balikakn hati?”
Asid mengangguk. Ya, dia berminat dengan yang itu.
“Maka Allahlah yang mendekatakan dia kepada aku, bukan aku yang mendekati dia.”
Sekali lagi Asid rasa terpukul. Ini satu keimanan, keyakianan, dan kepercayaan kepada kekuasaan Allah.
“Aku dekati keluarga dia. Itu cara aku. Sekurang-kurangnya, kalau aku tak dapat dia, aku ada hubungan dengan keluarganya. Disitu dakwah berjalan juga. Tapi allah izin, dia juga rupanya adahati pada aku. Jadi, mudahlah kerja. Aku pun rasa syukur sangat!”
Asid diam.
“Berapa ramai asid, dalam dunia ini, yang bercinta atas dasar keimanannya kepada Allah?
Irfan menyoal.
Asid masih diam. Di dalam hati dia menjawab,’sikit.’
“ Jadi tak boleh bercintalah? Aku tak faham. Kau kata, kau bercinta. Habis, macam mana?”
“Ada aku kata tak boleh bercinta?”
Bilik itu senyap sebentar. Benar juga, Irfan tidak cakap, tak boleh.

“Cinta….siapa boleh kawal apabila jatuh cinta? Kalau dah jatuh cinta, jatuhlah juga. Kadang-kadang sebab terjumpa, ternampak atau sekadar mendegar cerita. Begitulah peliknya cinta. Kenapa boleh jadi begini? Sebab cinta itu fitrah manusia. Manusia memang ada fitrah untuk mencintai dan dicintai. Tetapi……”

“ Tetapi?” asid mengangkat kening.

“Cinta itu hendaklah dibina atas dasar keimanan. Jangan cinta mengawal keimanan kita. Tetapi keimanan kitalah yang mengawal cinta.”

Mata Asid membesar. Hatinya tercucuk lagi.
Kenapa dia tidak nampak?
“Sebab itu, aku kata, cinta itu perlu diiringi pengorbanan. Bukan korbankan maruah, harta atau masa untuk pasangan kita. Tetapi kita korbankan masa, harta, diri kita untuk tarbiyah diri agar kita bersedia membina keluarga yang diredhai Allah.”

Irfan terus bercerita. Asid menjadi pendengar setia. Walaupun dia sering mendengar Irfan memberikan ceramah dan sebagainya, entah mengapa, apabila hati terisi, berjam-jam pun tidak mengapa. Beratus kali pun, bosan tidak menyapa.

Irfan menerangkan, betapa membina keluarga itu juga satu wasilah untuk menyampai dan menguatkan islam. Keluarga dibina daripada dua individu, kemudian membiak. Di sini perlu diperhatikan betapa pentingnya individu yang akan memulakan keluarga itu. Perlu memahami Islam dengan sebenar-benarnya. Individu itu akan membentuk satu keluarga yang akan menjadi sebahagian daripada komuniti. Keluarganya itu pula secara tidak langsung akan menjadi duta Islam dalam masyarakat nanti.

“Maka bagaimana agaknya kalau kita bina keluarga kita dalam keadaan tidak bersedia, keimanan rapuh, kefahaman Islam tidak jelas?”

“Kita tidak akan mampu mentarbiyah anak-anak kita!”

“Anak-anak dan isteri sekali, Encik Asid. Dengan isteri sekali.”

“Isteri? Kita kenalah cari isteri yang solehah.”

“Betul, tetapi adakah isteri kita sesolehah Khadijah isteri Rasulullah SAW? Sehebat Aisyah RH? Setaat Fatimah RH? Setabah Asiah, isteri Firaun? Seteguh Masyitah yang diterjunkan ke dalam api? Sesuci Maryam, ibu Isa? Secekal Yukabid, ibu Musa?”

“Semestinya tidak.”

“Maka adalah penting untuk kita mempersiapkan diri. Bina kefahaman Islam. Bina ketahanan. Bina rasional. Bina kekuatan. Bina disiplin. Bina hati. Semuanya untuk memtarbiyah keluarga kita nanti. Bukan masa mahu kawin sahaja perlu Islamik. Kita mahu seluruh kehidupan kita selepas berkeluarga nanti juga Islamik. Berada dalam lingkungan keredhaan Allah SWT.”

Asid terangguk-angguk.

“Dan harus diingat, jatuh cinta ini aneh. Kadang-kadang, kita jatuh cinta pada perempuan yang tak solehah. Ada yang tabah, boleh mencabut rasa cintanya. Ada yang tak mampu. Macam mana kalau kita tergolong dalam kalangan yang tak boleh itu? Bukankah, sama ada kita mahu atau tidak, kita perlu persiapkan diri untuk mentarbiyah isteri kita, yang nantinya akan menjadi guru pertama kepada anak-anak kita?”

Masya-Allah! Asid beristighfar dalam hati. Pandangan Irfan luas sekali. Luas dan jauh. Bukan sahaja membuka mata, tetapi membuka minda dan jiwa.

“Jadi, macam mana dengan aku sekarang?” Asid bertanya. Itu soalan yang paling penting buatnya pada masa ini.

“Kau sekarang sahabatku, Asid yang kucintai sepenuh hati.” Irfan memandang mata Asid dalam-dalam.

“Insya-Allah, kau berada atas kebenaran. Jangan sisihkan rasa cinta itu. Kawal cinta itu. Kau kata, kau runsing sebab kau risau, cinta itu akan membuat kau terkeluar dari redha Allah. Itu tandanya kau mempunyai satu sensitivity yang tinggi. Cinta tidak salah, Asid. Siapa mengharamkan cinta, dia sebenarnay mengharamkan fitrah manusia. Islam tidak turun untuk mengharamkan fitrah, Islam turun untuk mengajar manusia mengawalnya.”

Asid terpana. Masya-Allah! Indahnya Islam. Dan hikmahnya kata-kata Irfan.
“Kawal rasa cinta itu, Asid. Kalau betul cinta, cinta biar ke syurga. Maka apa persediaan kau untuk bawa keluarga kau ke syurga? Adakah dinamakan cinta kalau kita sekadar melemparkan pasangan kita ke neraka?”

Irfan menumbuk lembut dada Asid. Asid berasa semacam ada sesuatu yang hangat meresap ke dalam lubuk hatinya. Soalan Irfan itu seakan terus berulang-ulang di dalam jiwa.

Apa yang telah aku lakukan untuk membawa keluargaku ke syurga nanti?

Asid memandang Irfan. Teringat betapa kebelakangan ini, Irfan begitu rajin memasak, mengemas rumah, mencuci tandas dan membasuh pakaian. Sampaikan baju kawan-kawan pun dibasuhnya. Segala kerja dilakukan dengan teratur dan efisyen. Kalau sebelum ini Irfan sememang kemas dan teratur, kebelakangan ini dia lebih-lebih lagi.

Akhirnya Asid faham.

Semuanya kerana Irfan sedang mempersiapkan diri untuk menjadi ketua kepada keluarganya. Ketua kepada keluarga yang hendak dibawanya ke syurga.

Itulah pengorbanan yang dimaksudkan oleh Irfan. Mengorbankan kepentingan diri untuk membawa keluarga menggapai redha Allah SWT.

Segera Asid mendakap Irfan. Irfan membalas dakapan Asid. Tiada kata. Namun rasa terharu yang mengharungi dada.

Pesanan daripada sahabat, terikat di dalamnya tali-tali keimanan. Meresap terus ke hati yang sememangnya memerlukan pesanan.

Asid berazam memurnikan cintanya. Dia perlu kawal cintanya. Dia perlu bina cintanya atas keredhaan Allah SWT. Bukannya mencari keredhaan Allah SWT atas cintanya.

Dia ingin, dia dan Sara Nasuha boleh bersama hingga ke syurga, serta keluarganya boleh menjadi antara medan penyebaran Islam kepada umat manusia.

SUMBER: Petikan dari novel Sinergi karya Tuan Hilal Asyraf. Untuk cerita selebihnya, boleh dapatkan novel nie di pasaranan. Berbaloi, xrugi beli, byk motivasi bley dpat dari novel nie hee..(*_^)



Muka depan buku Sinergi. Jom p cari kat kedai buku hee

Harge buku nie xnampk kot, tp ak nk gtau harge dye RM 23 jer hee..sape2 yg br dpt Baucer buku bley la bli hee....





P/S: Jgn bimbang jika dirimu belum bertemu jodoh yg sejati. Dekatkan diri kpd Allah, InsyaAllah Dia akn dekatkan jodoh terbaek untuk kita..(*_^)

Sunday, January 19, 2014

Tuesday, January 14, 2014

Jom Belajar Tentang Solat.


Assalamualaikum. Sahabat-sahabat yg dirahmati Allah S.W.T. Alhamdulillah kali ini sy diberi kekuatan dan kesempatan utk menulis dan berkongsi sedikit ilmu dgn sahabat2 sekalian. Insyaallah seperti yg sy janjikan di entry yg lepas, sy akan berkongsi sedikit ilmu yg sy peroleh ketika menghadiri Bengkel Solat Dewasa yg lepas.

InsyaAllah,  kita mulakan dgn Firman Allah tentang perintah bersolat :



وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا ۖ لَا نَسْأَلُكَ رِزْقًا ۖ نَحْنُ نَرْزُقُكَ ۗ 
  
 وَالْعَاقِبَةُ لِلتَّقْوَىٰ



“ Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”
(Taha, Ayat 132 )


InsyaAllah sebelum kita mulakan bab solat, kita mulakan dgn perkara yg wajib dilakukan sebelum bersolat iaitu BERWUDHU. Sebelum itu, mari kita sama2 faham maksud wudhu terlebih dahulu:

Dari segi bahasa:

Wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.

Dari segi syara’:

Wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang  tertentu.


RUKUN WUDHU (6)

1.       Niat

“Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah ta’ala”

2.       Membasuh muka



3.       Membasuh tangan hingga ke siku



4.       Menyapu sedikit air di kepala



5.       Basuh kaki



6.       Tertib

Doa Selepas Wudhu


“Asyhadu an laa ilaaha illallaahu wahdahuu laa syariika lah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh. Allaahummaj’alnii minat-tawwaabiin, waj’alnii minal mutatohhirin, waj’alnii min ‘ibaadikas-solihiin."


MAKSUDNYA:


“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih, dan jadikanlah aku dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.”


SYARAT WAJIB WUDHU

·         Islam
·         Baligh
·         Berakal
·         Air yang suci dan bersih
·         Suci  daripada hadas besar

SYARAT SAH WUDHU

·         Meratakan air ke seluruh tubuh.
·         Menghilangkan apa sahaja yang menghalang air sampai ke anggota wudhu.
·         Masuk waktu solat bagi orang berterusan wudhunya.

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU

·         Keluar sesuatu samada dari dubur atau qubul.
·         Tidur yang tidak tetap punggungnya.
·         Hilang akal.
·         Bersentuhan antara lelaki dan perempuan.
·         Menyentuh kemaluan.
·         Murtad


Seterusnya kita mulakan bab solat dengan Rukun Solat. Terdapat 13 Rukun Solat iaitu:


1.       Niat
2.       Berdiri betul
3.       Takbiratul Ihram (Allahuakbar)
4.       Bacaan Al-Fatihah
5.       Ruku’
6.       Iktidal
7.       Sujud
8.       Duduk antara dua sujud
9.       Duduk tahiyat akhir
10.   Bacaan tahiyat akhir
11.    Selawat
12.   Salam pertama
13.   Tertib

Seterusnya, untuk penerangan yang lebih lanjut sahabat-sahabat boleh baca di link ini:


SYARAT WAJIB SOLAT

1.       Beragama Islam
2.       Baligh
3.       Berakal
4.       Suci daripada haidh dan nifas
5.       Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta atau pekak.
6.       Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.

SYARAT SAH SOLAT

1.       Suci daripada hadath kecil dan besar.
2.       Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.
3.       Mengetahui tentang masuk waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.
4.       Menutup aurat
5.       Menghadap kea rah qiblat (Ka’abah)

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLAT

·         Keluar/kedatangan hadas besar atau kecil.
·         Berkata-kata dengan sengaja walau sedikit yang member faham, atau ketawa.
·         Makan/minum dengan sengaja.
·         Melakukan pergerakan di luar rukun solat tiga kali berturut-turut.
·         Berniat keluar dari solat (mufarraqah).
·         Terkena najis yang tidak dimaafkan pada badan, pakaian dan tempat solat.
·         Beralih arah dari kiblat dengan sengaja (berpaling dada).
·         Terbuka aurat dengan sengaja, atau tidak sengaja tetapi tidak segera ditutup.
·         Berubah niat dari satu solat ke solat yang lain.
·         Meninggalkan rukun.
·         Murtad

InsyaAllah, setakat ini sahaja buat kali ini. Semoga dgn pengisian yg sedikit ini dapat membantu sahabat. Akhir kata, marilah kita sama-sama perbaiki solat kita, InsyaAllah. Assalamualaikum.






Sumber Gambar: Semua copy dr google



P/S: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam.