Assalamualaikum. W.B.T.
Alhamdulillah.....hari2 yg aku lalui rasa lebih tenang....Jiwa yg sebelum ini terasa kosong kerna jauh dari mereka2 yg aku sgt2 sayang...berada ditempat baru...meninggalkan keluarga yg jauh di kg utk mencari rezeki di negeri org...walaubagaimanapun aku sgt2 bersyukur kerana aku dipertemukan dgn mereka2 yg banyak membantu. Alhamdulillah..niat utk berubah menjadi muslimah sejati dipermudahkan..doa2 aku agar dipertemukan dgn org2 yg beriman yg boleh membawa aku ke jalan yg benar diperkenankan.
Alhamdulillah, baru2 ini aku mengikuti sahabatku Akak Shafiah Rosli dan sahabat2 yg laen menyertai Seminar dan Bengkel. Disini aku nak kongsikan serba sedikit apa yg aku dpt sepanjang menyertai kedua2 program ini, InsyaAllah.
Pertama, pada 21 desember 2013 yg lepas satu seminar yg sgt berkesan bg aku telah diadakan di UIAM, Gombak. Penceramah yg sgt hebat, tajuk ceramah yg dibincangkan sgt hebat, tempat seminar yg hebat dan seterusnya menjadikan seminar ini SANGAT HEBAT dan TERKESAN bg diri aku yg byk kekurangan ini. Banyak benda baru yg aku belajar. Ya, benar kata Tuan Hilal Asyraf, penceramah pertama, kenapa tajuk seminar ini 'untuk KITA pendosa'..kenapa 'kita' bukan 'aku'? Kerana semua org 'aku' 'kamu' dan semua org pernah melakukan dosa. Jadi sgt sesuai tajuk seminar ini untuk KITA pendosa. Alhamdulillah perkongsian pengalaman berubah drpd Diana Amir sgt membantu. Tidak kurang jugak penyampaian drpd penceramah2 yg laen sgt2 terkesan. Memberi kesedaran betapa kerdilnya kita ini. Para penceramah byk kali mengulangi bahawa KEAMPUNAN ALLAH sentiasa ada untuk HAMBA-HAMBANYA. Pintu taubat sentiasa terbuka. Ingatlah HARAPAN SELALU ADA. InsyaAllah marilah KITA pendosa sama2 bertaubat dan berusaha menjadi HAMBA yg soleh, InsyaAllah. Untuk sahabat2 yg ingin merasai sendiri, pihak langit ilahi ada mengeluarkan sebuah buku hasil tulisan Tuan Hilal Asyraf yg bertajuk UNTUK KITA PENDOSA. Alhamdulillah Anok Pak Do Ju telah memilikinya. Alhamdulillah ini adalah buku kedua aku yg ditulis oleh Hilal Asyraf, sebelum ini aku telah memiliki sebuah novel islamik yg sgt2 best, SINERGI. Insyaallah di entry yg akan dtg aku akan ceritakan sedikit mengernai novel sinergi.
Buku UNTUK KITA PENDOSA by HILAL AYRAF |
Seterusnya, semalam pd 25 desember 2013, satu bengkel iaitu "Bengkel Solat Dewasa" bersama Pencetus Ummah Izzat telah diadakan di Surau Al Amin JKR Setapak. Walaupon bengkel ini sgt simple tp Alhamdulillah bengkel yg sgt terkesan. Seperti mana yg kita sedia maklum SOLAT adalah tiang agama. Macam mana nk bina iman yg kukuh kalau tiangnya sudah goyang dan tidak betul. Alhamdulillah bengkel sebegini wajib diadakan. Banyak benda aku belajar. Alhamdulillah walaupun dalam waktu yg singkat kami dapat belajar kesemua RUKUN SOLAT. Ustaz byk menekankan agar kita fahami setiap makna dalam bacaan solat agar lebih kusyuk. Seterusnya, part yg paling aku suka adalah part soal jawab, ketika ini pelbagai persoalan dan kemusykilan boleh diajukan kpd ustaz.
Dibawah adalah video2 yg PU Izzat mohon kongsikan dan amat2 berguna utk kita memperbaiki solat.
Makna bacaan Al-Fatihah by voice of ummi
Makna dalam Solat by iproduksi
Seterusnya PU Izzat jgk mensyorkan agar mendgr bacaan Al-Quran dr Fadh Al Kanderi kerana menurut PU Izzat bacaan beliau lebih jelas, InsyaAllah.Taip jer kat google pasti keluar hee..:)
Kyusuk belajar, best cara pembelanjaran, tidak mengantok langsung, SELESA.. |
Sumber gambar: FB akak Shafiah Rosli |
Gambar kenangan bersama penceramah, Pencetus Ummah Izzat ( Tengah, berbaju merah) |
Akhir kata, stakat ini sahaja entry buat kali ini, InsyaAllah entry yg akan dtg aku kongsikan pengisian tentang apa yg aku belajar di bengkel solat ini.
(P/S: Jom sama-sama perbaiki solat kita. Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami, dosa2 kedua ibubapa kami, ahli keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami, serta muslimin dan muslimat. amin.)